~ PENGURUSAN INOVASI & PERUBAHAN PENDIDIKAN ~
Pendidikan adalah satu sistem dinamik yang akan melalui perubahan dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan dan aspirasi sesebuah negara. Perubahan yang berlaku antaranya adalah untuk menyediakan modal insan yang sejajar dengan perkembangan dunia semasa dalam memastikan sesebuah negara tidak akan ketinggalan dalam segala aspek perkembangan dan pembangunan pada peringkat global. Maka, organisasi pendidikan perlu menerokai aspek-aspek yang mempunyai potensi untuk penambahbaikan dalam memastikan sesuatu hasrat negara tercapai.
Dalam sistem pendidikan di Malaysia, kita telah sedia maklum bahawa perubahan-perubahan yang berlaku memerlukan komitmen daripada semua pihak. Namun begitu, setiap perubahan yang diperkenalkan tidak semuanya dilaksanakan dengan sempurna. Kegagalan sesuatu perubahan yang cuba dilaksanakan akan merugikan sama ada dari segi kewangan, sumber manusia dan masa. Sehubungan dengan itu, pelbagai strategi perlu disusun dan diatur dalam melaksanakan perubahan.
No comments:
Post a Comment